Home BERITA TERBARU 7 Personil Kapal Penggempur AS Belum Ditemukan

7 Personil Kapal Penggempur AS Belum Ditemukan

200
0
SHARE

Tokyo, targetsumbar.com – Tujuh kru kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) belum ditemui selepas berlanggar dengan kapal kontena ACX Crystal di pesisir Jepun, awal hari ini.

Tentera laut Amerika Syarikat mengatakan, Jepun turut membantu menghantar seorang kelasi yang cedera parah menggunakan helikopter.

Pengawal pantai berkata, tujuh kru kapal hilang berdasarkan maklumat tentera laut AS. “Kami giat mengesan mereka. Perkembangan semasa akan dimaklumkan kepada ahli keluarga kru kapal USS Fitzgerald,” kata ketua operasi tentera laut AS, Laksamana John Richardson dalam kenyataan di Twitter.

Juru bicara pengawal pantai Jepun menyebutkan, mereka menghantar lima kapal, dua pesawat dan sepasukan penyelamat mahir ke lokasi. Tentera laut AS berkata, kapal Fitzgerald masih bergerak menggunakan enjin sendiri namun kuasa pacuannya terhad dan kelasi sedang mengeluarkan air dari kapal.

LEAVE A REPLY